
Monday, December 27, 2010
MUKA LAMA..

A.M.D.F CREATION di cuti semester




Monday, November 15, 2010
BYE KUANTAN
Sunday, October 31, 2010
Menjelang Cuti Semester..
buat RUMAH TERSAYANG...
Assalamualaikum…
Malam yang dingin ini telah memberikanku inspirasi untuk mencurahkan isi jiwa tersimpan.
Minggu yang membosankan bakal berakhir tidak lama lagi,kerana hari exam juga akan berlangsung pada 3 NOV 2010 - RABU dan 13 NOV 2010 – SABTU
Rumah yang telah lama menjadi bumbung penyelamat ku ini juga akan ku tinggalkan,..jika dikira,sebenarnya tidak mampu di kira jasa dan sumbangan rumah ini pada ku,dari sem 1 hinggalah penghujung sem 4,aku berdindingkan rumah ini,berbumbungkan rumah ini,hujan panas disinilah aku berteduh..juga kawan-kawan serumah ku yang telah banyak membantu ku tika dan saat aku mengalami waktu-waktu genting…
Istimewa buat …
TAQIEN – satu=satunya orang yang paling lama 1 rumah dengan ku..terima kasih kerana menjadi kawan baik ku sejak hari pertama ku berada di rumah ini,Terima Kasih TAQIEN..ampun dan maaf atas apa saja salah silap ku,terlanjur kata terlanjur aksi,mohon diampunkan…anggaplah 2 baju coklat tu Hadiah dari ku,lagipun baju tu fit-in with ur body TAQIEN…
YUS – walaupun asalnya kau adalah musafir dari rumah sebelah,itu tidak pernah menjadi halangan..malah kita tetap menjadi kawan baik..
FAIZ – malam sesampainya aku di polo,awal semester 2,kaulah yang menyambut ku,memandang budak rumah yang lain keluar,dan ada yang sedang bercuti semester…dan sekarang kita adalah kawan baik…Terima kasih atas semuanya Faiz….
IJAN dan ACAP– “hey,mamat ni boleh jadi model.badan sedap”haha..itulah ungkapan pertama kali melihat IJAN dating ke rumah,yang kini akhirnya menjadi salah 1 kawan baik ku,walaupun IJAN sem lepas lagi masuk ke rumah ini,baru sem ni kita mulai rapat..maafkan atas semua kesalahan,kelalaian ku selama ini IJAN,Terima Kasih kerana merestui ku,tidur di “master bedroom bawah”..ACAP...terima kasih atas semuanya
AFIQ – walaupun awal perkenalan kita menghadapi sedikit perselisihan pendapat,kau tetap kawan baik ku…Terima Kasih atas semuanya…
RADHI - masih ku ingat hari-hari pertama Radhi masuk hostel ni,kita bertiga…RADHI..aku..BERT…makan tengahari D’ROZEK,..dan kau terus menjadi kawan baik,cute..walaupun bermisai janggut..hehe..Terima Kasih atas semua pertolongan selama ini RADHI…
ZARI/AMAR..JAZRIE.– terima kasih atas semuanya,..ZARI dan JAZRIE…
KHAS UNTUK EX-HOUSEMATE…PIERRE @ EZRA ,..walaupun agak lambat kita tahu yang kita sebenarnya sepupu belah datuk..perkenalan ini amat menceriakan diri ku..terima kasih atas semua pertolongan pierre,petang2 merempit ke KAMDAR,beli barang-barang jahitan pun dengan Pierre ,..terima kasih yang tidak terhingga Pierre,kalau balik kampong Meruah,Telipok,.bagitau ok..manalah tau,boleh jumpa…hihi..
WAFI ,..mengenali Wafi seb selalu dating rumah,ber’assignment bersama Pierre..kau kawan yang boleh diharapkan selalu Wafi…terima kasih atas semuanya….
ADAM,MUS,ZACK…walaupun kita sudah ber’RUMAH TANGGA’ masing-masing,ikatan tetap akrab,dan kuharap selalu begitu..terima kasih atas apa jua pertolongan selama ini…
A.P – dari sem2 sampai sem4,baru sekarang sia dpt hosmet sabahan,ni la yang sia tunggu ko tau,akhirnya terubat juga rindu sikit sama sabah,lagi-lagi buli speaking sabah sama ko hari-hari bah..puas lidah sia o..walaupun ko asal SEMPORNA,saya TAMPARULI…kita tatap geng kodou..lapas ni,kalau ada papa,panggil jak saya ar…jan ko takut ba sama saya…saya ok jak…OK BA KALAU KAU!!!ARAMAI TIEE!!!
Untuk semua junior rumah ini..APEK,AJICK,ISZ,EPIT,NIK…walaupun junior..kita tetap kawan ok…
Walaupun kita akan berlainan rumah selas ini …kita tetap kawan baik..terima kasih atas semuanya…
FIQ@BA, TAQIEN, LIAS, RADHI, JAZRIE, AFIQ, ZARI, FAIZ,ACAP, IJAN, YUS,PIERRE,WAFI,MUS,ADAM,ZACK…NIK,EPIT,ISZ,AJICK,APEK,YASIN,A.P…
Senyumlah selalu..
ahmad fikri bin gompul
31.10.2010 ahad 12.42pm
Monday, October 18, 2010
HARI LAHIR..
Saturday, October 9, 2010
ASSESMENT semakin hampir
Wednesday, September 29, 2010
DESIGN...i've change it!
Saturday, September 25, 2010
SELEPAS CUTI RAYA...
Sunday, August 29, 2010
DOA buat EZRAFERANY a.k.s PIER...

Wednesday, August 25, 2010
RUMAH [kisah ramadhan}..,STUDIO - costume - ....
Thursday, August 19, 2010
Design Proceed....

Sunday, August 15, 2010
AKU BERPUASA DI KUANTAN

Wednesday, August 4, 2010
KEBAHAGIAN
Wednesday, July 28, 2010
KEROSAKAN
Hari ini adalah hari kedua charger laptop kesayangan ku rosak/hang/jamm/koma..
Ketiadaan charger laptop ku benar-benar melelahkan jiwa ku,merimaskan degup jiwa ku,.Terima Kasih kepada teman serumah ku,IJAN a.k.a NEO HAFIZAN,kerana meminjam kan charger laptopnya buat kali ke3,ini kerana kami berkongsi jenama laptop yang sama.
Kerengsaan hati dengan kepergian charger laptop ku ini,benar-benar membebankan jiwa ku,ini bermakna selembaran duit akan terbang melayang..
Ini cuma cabaran kecil,.
'FIQ.FIGHTING!!'
sampai disini.....
Wednesday, July 21, 2010
STORY BOARD
Hari ini,di studio fesyen,aku dan rakan-rakan ku menyiapkan story board masing-masing,mengikut tema pilihan sendiri,
dan aku,telah memilih tema 'evening dress',asalnya tradisional,namun akibat kekurangan bahan,aku bertukar tema 'evening dress'
ini adalah antara gambar - gambar yang terkandung dalam story board aku..

Evening dress oleh Donatella Versace

Dior Couture oleh Jhon Galliano
Sampai bertemu di blog seterusnya...
Monday, July 19, 2010
ke'MOODY'an
Harapnya,bangun pagi ni,
Semangat baru!!!
Saturday, July 17, 2010
DI MINGGU KEDUA SESI AKADEMIK UITM KSP
- khamis
- 7.50 pagi
ketika menantikan bus kolej...tiba-tiba...
SNAAPPP!!!!
Gambar ini adalah 'candid snap' oleh teman serumah ku..
Membawa sedikit barang projek adalah perkara biasa bagi setiap budak fesyen..
Kiri ; Beg Hitam Pink Dot-Dot ; laptop + frame kayu projek embroidery
Kanan ; Beg Silang Hitam ; dipenuhi dengan alat tulis + laptop adaptor a.k.a charger
Thursday, July 15, 2010
KETINGGALAN KAWAN
Hari ini,aku berjanji dengan budak rumah ku,untuk balik rumah sama-sama
Janji
1.30 PM
Selepas puas aku menanti di studio fesyen,budak ni tidak muncul-muncul...
1.15 PM
Aku kemudiannya keluar ke depan studio..
Mana tahu,dia ada di depan studio..
Fuuhhh....
Berkali-kali aku keluar masuk studio..
Tapi,
Sayang......
2.30 PM
Tanpa ragu,aku masuk ke dalam studio,dan mengambil beg hitam kegemaran ku,dan beg Shibuya ku...
dan terus ke 'Bustop' ShahPutra,..
Dalam bus pulak,aircond bagaikan adik pembakar roti,..
panas..
peluh bagai anak sungai mengalir,..
dan datang seorang budak junior,sem 1,meminta izin untuk duduk kerusi kosong di sebelah ku...
BUDAK JUNIOR:
'ada orang x?'
AKU;
'xda,duduk la' jawab ku..
Sepanjang perjalanan,peluh mengalir terus...
dan aku berkali-kali terlelap sekejap....
Akhirnya,Taman Polo menyambut ku...
Sampai bertemu di blog seterusnya..
Wednesday, July 14, 2010
API cinta ku pada fesyen!!!
1 proses yang agak memakan masa bagi mendalami dan mengkaji subjek masing-masing mengikut subjek sendiri.
Bagi siswa semester 4,seperti ku,.adalah berkonsepkan Kasual,dan tema yang telah diberikan oleh Lecturer ku adalah ‘NATURE’
Hari ini adalah minggu ke-2 sesi akademik UiTM Kolej ShahPutra,aku semakin yakin dengan pilihan ‘subjek matter’ design semester ini,API / FIRE…aku memilih subjek ini bagi memenuhi subjek FASHION DESIGN SEM 4,yang bertemakan ‘Nature’.
Walaupun API bukanlah objek malah bersifat separa subjektif, tidak bisa dirasa dengan deria sentuh, yang hanya boleh di lihat,dan hanya akan merasa panas dan sakit apabila menyentuhnya,bagi ku subjek API tetap menarik oleh kerana sifatnya yang tidak statik dan tidak boleh di sentuh begitu saja dan tidak mempunyai ciri fizikal yang tetap.
.jpg)
Kini,aku mula mendalami dunia ‘API’ sebenar , satu persatu perkara baru aku ketahui tentang API,bermacam persoalan yang tidak pernah ku fikirkan tersoal di benak ku..
‘Apakah API mempunyai berat?’
‘Apakah API bisa di sentuh?’
Soalan-soalan yang kedengaran klise , pada hakikatnya satu soalan yang sangat memerlukan jawapan bernas.Apatah lagi andai ada orang yang bertanya soalan seperti ini.
‘Adakah API mempunyai jantina?’
Pelik bukan?{hahaaa}
Persoalan yang ringkas,tapi pada ku,punya jawapan fakta.
Mudah – mudahan subjek ini akan menjadi subjek yang menarik sepanjang semester ini..
Bagaimanakah gaya fesyen kasual yang di inspirasikan dari subjek API..
Nantikan..
Sampai bertemu di blog seterusnya
T_;T
Tuesday, July 6, 2010
KEDATANGAN KEMBALI...
Hari ini adalah hari pertama ku ke kolej dan mendaftar,walaupun terlewat.
Dan, 1 perjumpaan art design diadakan di studio foundation,berkenalan dengan junior a.d
Seramai 33 orang pelajar baru..memang ramai....
dan hari ini,rumah ku [ rumah kesayangan ] di Kuantan ini,sunyi kerana ketiadaan kawan-kawan lama,dan kewujudan orang baru..
Keadaan seperti ini adalah kebiasaan,apalagi di awal semester,
dan aku sudah pun merindui rumah ku di Tamparuli,Sabah...
Sampai disini cerita malam ini...
Tuesday, June 29, 2010
LONG DISTANCE REGISTRATION?
Saya mencadangkan pendaftaran jarak jauh..saya pasti,ramai yang akan menyokong Yang Arif..
kata Ahmad Fikri kepada Yang Arif..
sekian....
Hehehehe...
wah,esok adalah hari pendaftaran di Shahputra..[30jun 2010 Rabu]
kepada semua teman terbaik,
SELAMAT MENDAFTAR !!!!!!
Monday, June 28, 2010
7 HARI 7 MALAM
Genaplah 7 hari 7 malam aku akan kembali ke Kuantan....ke KSP..

Kelmarin,aku berkunjung ke 1BORNEO di malam hari...makan-makan dan melangkah kaki berkali-kali di dalam 1BORNEO dan sempat menonton persembahan pentas sempena promosi KRAF MALAYSIA ...
Hrrh..saat inilah jua aku akan mula insomniac...sudah hampir 2 minggu tidur ku x lena,asyik terjaga berkali-kali tiap malam....mungkin berat hati ku ini menyebabkan insomniac ini......
Sebelum kepergian ku minggu depan,ahan ini,4 julai,ada undangan majlis perkhawinan dari saudara dekat belah ibu ku yang bakal berlangsung di Taman Perdana , Telipok.
Ini adalah kesempatan untuk ku bertemu rakan-rakan dan kaum keluarga ku sebelum kembali pulang ke Kuantan minggu depan..
jumpa @ kuantan...!!yeah!!
Tuesday, June 22, 2010
FIKRI......FIKIRkan
Sudah lama blog ni terbiar,.maklumlah..mood cuti...
Cuti sem tinggal 2 minggu saja lagi sebelum kembali pulang ke Kuantan,masih belum puas rasanya di tanah sendiri,tapi itulah yang akan tetap berlaku awal julai nanti,semester ini,aku kembali pulang lewat,awal julai,sedangkan pendaftaran kolej 30Julai 2010,erm...buat mcm mana lagi,tiket ditempah awal sebulan lebih dulu....
Mungkin,semester depan aku patut booking tiket awal seminggu sebelum kuliah bermula...haaaa...mungkin...
Setakat ni cerita hari ni,lain masa,ada cerita,kita buka...
Monday, June 14, 2010
TANGIS SYUKUR part 02
Malam ni,hati tiba2 berdetik mahu menulis ,menyambung sebuah lagi kisah kehidupan ku,baru tadi aku membaca blog teman baik ku...FAD...aku tersentuh dengan susun katanya,yang Fad sedih,tapi tetap masih bersyukur..
'hidup ibarat roda'
Perjalanan ku sudah separuh trek,ada separuh lagi yang harus ku selesaikan!..
Sepertinya,baru semalam aku berada di Tanah Kuantan,kini sudah 1 tahun setengah perjuangan ku...masih ku ingat...pada malam sebelum ku bertolak ke kuantan,ku melihat satu persatu wajah-wajah kesayangan ku,MAK,BAPA,ABANG,KAKAK,dan semua yang ada di rumah ketika itu..tanpa ku sedari telah meluahkan titis airmata ,Kakak Ipar ku,Kakak Leily,menenangkan ku.......
Penerbangan ku esok pagi...7.50am/23 Disember 2009/Sabtu....dan aku hampir-hampir ketinggalan penerbangan ku ke KLIA...semuanya kerana terlalu asyik bersembang dengan kaum keluarga ku..buat kali terakhir...
sesampainya di Kuantan.....

Beginilah keadaan Hotel Bunga Raya,berdekatan dgn Benteng,Kuantan,pada hari pertama aku memijak bumi Kuantan...
RM49/per nite...murah dan bilik yang luas,bersih....
Ku kira,masih banyak lagi jalan cerita ku ketika menuju ke Kuantan,...1 perjalanan yang benar-benar memberikan ku 1 kesan mendalam dijiwa....

Begitu banyak yang telah berubah sepanjang 1 tahun setengah aku berada di Kuantan,inilah gambar ke ketika semester 1..masih langsing ya ...ahahaha...kini fizikal ku {figure}_istilah budak fesyen...semakin berisi...huh...namun aku bahagia....

inilah aku di semester 3..jauh perbezaannya....
Saturday, June 12, 2010
KEPUTUSAN EXAM SEMESTER 3

Salamm ...
Hari ini hari ke 2 keputusan peperiksaan diketahui,dan masih ramai lagi kawan-kawan ku yang masih belum mengetahui keputusan masing.
Dengar khabar,official result isnin depan,bedebar hati ini,samada naik atau turun pulak...harapnya kekal,kalau tidak pun,naik lagi bagus....
ALHAMDULILLAH,semester ini keputusan meningkat dari semester lepas,aku bersyukur..
Mudah-mudahan semester depan aku akan dapat memperbaiki lagi keputusan agar semakin baik dari semester ke semester depan...
Monday, May 31, 2010
PESTA KAAMATAN @ KDCA PENAMPANG,KK 31 MEY 2010!!!



today,it's been a long lasting and memorable scene to me,visiting and attending PESTA KAAMATAN SABAH STATE LEVEL at PENAMPANG is one oppurtunity that every Sabahan should'nt miss out!!
For me,i was lucky to be there,with my cousin,JOE and ADIN...we arrived at KDCA Penampang on 9.30 AM and enter the GREAT HALL OF KDCA and try to figure out some empty seats,we're lucky to have some empty seats!!!
Take a seat,sit back,and we enjoy each cultural performances such as Cultural Dace from all over district in Sabah like Tuaran , Kota Marudu,even Penampang itself.
Seconds by seconds,the moment of THE UNDUK NGADAU SABAH STATE LEVEL FINALE in now starting..finally,this pageant won by TANJUNG ARU DISTRICT-CHRISTAL EVE...no wonder la..bcoz she is one of the most attractive contestant i've seen during the pageant..
After the show,we drove home and took our dinner at CENTRE POINT K.K...eat some NASI AYAM C.P and Nescafe Ice
9.30 pm,sharp,we arrived at home.....
Wednesday, May 26, 2010
----rindu----
Tuesday, May 25, 2010
PELIK a.k.a STRANGE
Hai kawan-kawan yang baca blog ni…hari ni penat la,pagi tadi p Kedai Jahit Tuaran kawan baik saya di Tuaran,saja datang melawat,cuti sem ni lah peluang untuk bertemu kawan-kawan baik.
Penat sebab.....
Pagi tadi keluar rumah matahari redup…sejuk…jadi tidak menganggu perjalan ku…haha…menuju ke hentian bas….memang best…pastu sampai Tuaran saya terus menuju ke Kedai Jahit Nie Taylor,melawat 2 orang kawan baik saya yang dirindui,sesampai di Tuaran,ada macam-macam perubahan,kedai-kedai baru siap dibina,dan yang pelik,semua kedai jahit dan Butik Pengantin yang berada di Blok Kedai kawan saya,sekarang sudah berpindah ke blok bertentangan kedai jahit kawan saya sekarang…{kenapa ni?semua pindah kedai??}erm..pelik la....pastu pindah bukannya jauh pun.....depan kedai diorang asal....
Hari ni tiba-tiba badan layu..penat...ngantuk memanjang...pastu asyik bepeluh...padahal dalam rumah...mmg pelik la hari ini....
Wednesday, May 19, 2010
...the urgHH feeling...
Perasaan negatif hanya akan membawa kita terus jatuh,terus jatuh dan pasti tersungkur,,mungkin saat itu kau tidak lagi mampu berdiri,dan saat itu selalunya,manusia,baru akan menyesal...
Kita semua adalah ciptaan ALLAH,baik buruk,semua kuasa ALLAH,hanya ALLAH yang mampu memberi dan menarik apa yang kita miliki,bayangkan andainya nikmat menaip ALLAH tarik kembali.....sedarlah...dunia hanya pinjaman,nikmat ALLAH hanya sementara.......yang kekal adalah AKHIRAT sana....
cuti sem bermula.....



Bangun pagi ni rasa macam mimpi,tapi bila aku berdiri,mahu menuju ke bilik air,aku tersalah jalan,oh!!ini sabah la,bukan kuantan,...ahaha....sudah 3 hari aku berada di Sabah...rindu terubat,tapi hati ini merindukan kenangaan2 di Kuantan pulak.....
Norma hidup memang begini,yang datang akan pergi,yang pergi akan datang.......yang penting kita kenalah redha akan ketentuanNYA...qada dan qadarNYA...
Tuesday, May 18, 2010
TANGIS SYUKUR


Hari ini aku telah pun berada di Sabah...telah 2 hari aku meninggalkan Kuantan dan KL...yang banyak memciptakan kenangan indah...
FashionShow Busana Muslim telah berakhir,denagn pelbagai cabaran yang kita tempuhi,kita masih mampu menyempurnakan 1 lagi tanggungjawab sebagai seorang student fashion....
Kepada semua student part 06..aku pasti merindukan kalian....akan ku kenang selamanya...kenangan menjadi anak payung...1 istilah yang hanya difahami oleh budak fesyen...
Entah bagaimana,airmata ku tidah tertahan bercucuran membasahi pipi ku,di lobi MIDF,pada petang sebelum aku pulang ke rumah sepupu ku,mungkin kerana susah untuk aku melepaskan kalian..mana tidaknya,semester ini,aku semakin rapat dengan part 06,menolong menjahit sehingga 6 pagi di bengkel jahitan,jahit sembat,...jahit baby hem,bantuan kecil yang kini menjadi kenangan yang sangat besar dalam hidup ku......
kepada semua pensyarah,terima kasih..mungkin belum memadai...tapi aku benar-benar gembira dan bersyukur dibawah bimbingan semua pensyarah.......
kepada semua student sem 06...semoga berjaya menempuhi dunia yang serba mencabar...semoga ikatan silaturahim yang terjalin ini,akan berterusan selamanya....good luck!!!
Wednesday, May 12, 2010
SELF FORGIVENESS

Di tengah-tengah kemalapan malam,aku tersedar dari kesilapan ku ....maafkan aku...aku maafkan aku....maafkan aku aku....bagaimanakah aku tanpa sedar melakukan kesilapan itu....
Perasaan bersalah ini,biar lebur dalam mimpi ku pada malam ini.....esok,muka baru...
Hari-hari mendatang akan menjadi lebih sibuk dari hari ini...DIPLOMA FASHION SHOW_BUSANA MUSLIMAH akan berlangsung di MIDF,KUALA LUMPUR SABTU INI,15 MEY.....tekanan kian terasa,keterujaan kian membara.....fokus !!!Semoga acara ini berjalan dengan lancar....amin...




