Pages

Wednesday, July 14, 2010

API cinta ku pada fesyen!!!

Setelah semua siswa FASHION DESIGN diberikan DESIGN THEME minggu lepas,proses seterusnya adalah ‘research’


1 proses yang agak memakan masa bagi mendalami dan mengkaji subjek masing-masing mengikut subjek sendiri.

Bagi siswa semester 4,seperti ku,.adalah berkonsepkan Kasual,dan tema yang telah diberikan oleh Lecturer ku adalah ‘NATURE’

Hari ini adalah minggu ke-2 sesi akademik UiTM Kolej ShahPutra,aku semakin yakin dengan pilihan ‘subjek matter’ design semester ini,API / FIRE…aku memilih subjek ini bagi memenuhi subjek FASHION DESIGN SEM 4,yang bertemakan ‘Nature’.

Walaupun API bukanlah objek malah bersifat separa subjektif, tidak bisa dirasa dengan deria sentuh, yang hanya boleh di lihat,dan hanya akan merasa panas dan sakit apabila menyentuhnya,bagi ku subjek API tetap menarik oleh kerana sifatnya yang tidak statik dan tidak boleh di sentuh begitu saja dan tidak mempunyai ciri fizikal yang tetap.



Kini,aku mula mendalami dunia ‘API’ sebenar , satu persatu perkara baru aku ketahui tentang API,bermacam persoalan yang tidak pernah ku fikirkan tersoal di benak ku..

‘Apakah API mempunyai berat?’

‘Apakah API bisa di sentuh?’

Soalan-soalan yang kedengaran klise , pada hakikatnya satu soalan yang sangat memerlukan jawapan bernas.Apatah lagi andai ada orang yang bertanya soalan seperti ini.

‘Adakah API mempunyai jantina?’

Pelik bukan?{hahaaa}

Persoalan yang ringkas,tapi pada ku,punya jawapan fakta.

Mudah – mudahan subjek ini akan menjadi subjek yang menarik sepanjang semester ini..
Bagaimanakah gaya fesyen kasual yang di inspirasikan dari subjek API..

Nantikan..

Sampai bertemu di blog seterusnya
T_;T

No comments:

Post a Comment