Pages

Monday, December 27, 2010

MUKA LAMA..


Assalamualaikum...

Dengan berubahnya tahun ini ke tahun baru 2012 beberapa hari sahaja lagi,aku mulai benar-benar berfikir panjang,sehingga sakit kepala melampau menyerang berkali-kali hampir setiap hari.Cuti sem hanya ditekan dengan sakit kepala hampir setiap hari.

Paling ketara,umur ku,bukan takut bertambah umur,cuma masa depan selalu membayangi minda ku,setahun saja lagi hidup Diploma bakal berakhir,dan kemana arah tuju ku,sudah mulai singgah di benak ku ..

Apa gunanya sekadar menyambung Degree jika hanya mahukan segulung Ijazah,mahu setaraf dengan kawan-kawan yang lain?
Sedangkan semangat dan keyakinan tidak seteguh yang sepatutnya.

Apa gunanya menyambung degree hanya kerana takut berada di "Ladang Anggur'?
Sedangkan dunia Ijazah pasti akan berakhir dalam 2 tahun,dan kemana seterusnya?

Aku tidak mahu menjadi orang yang hanya kerana teman,hanya kerana bermacam alasan kurang munasabah,hanya kerana 'trend'?,lantas meneruskan langkah yang akan ku ragui sendiri nanti.

DEGREE setahun lagi,mungkin...
atau mungkin ke cabang lain,aku juga tidak tahu dimana akan ku berada nanti,
memberikan yang terbaik buat keluarga adalah impian dan harapan ku..selalu..

merekalah yang selalu menemani ku,juga rakan taulan,adalah kekuatan ku..

Tahun 2010 benar-benar memberi impak yang besar buat ku,..
dan masih banyak yang belum terkecapi sehingga hari ini...

HIDUP WAJID DIHIDUPKAN....jangan biar koma....!

-yaya-
27.12.2010
ISNIN
Kuantan

No comments:

Post a Comment