Pages

Tuesday, May 18, 2010

TANGIS SYUKUR



Hari ini aku telah pun berada di Sabah...telah 2 hari aku meninggalkan Kuantan dan KL...yang banyak memciptakan kenangan indah...

FashionShow Busana Muslim telah berakhir,denagn pelbagai cabaran yang kita tempuhi,kita masih mampu menyempurnakan 1 lagi tanggungjawab sebagai seorang student fashion....

Kepada semua student part 06..aku pasti merindukan kalian....akan ku kenang selamanya...kenangan menjadi anak payung...1 istilah yang hanya difahami oleh budak fesyen...

Entah bagaimana,airmata ku tidah tertahan bercucuran membasahi pipi ku,di lobi MIDF,pada petang sebelum aku pulang ke rumah sepupu ku,mungkin kerana susah untuk aku melepaskan kalian..mana tidaknya,semester ini,aku semakin rapat dengan part 06,menolong menjahit sehingga 6 pagi di bengkel jahitan,jahit sembat,...jahit baby hem,bantuan kecil yang kini menjadi kenangan yang sangat besar dalam hidup ku......

kepada semua pensyarah,terima kasih..mungkin belum memadai...tapi aku benar-benar gembira dan bersyukur dibawah bimbingan semua pensyarah.......

kepada semua student sem 06...semoga berjaya menempuhi dunia yang serba mencabar...semoga ikatan silaturahim yang terjalin ini,akan berterusan selamanya....good luck!!!

No comments:

Post a Comment