Assalamualaikum..
Agak lama juga blog ini tidak di kemas kini,mungkin karna kepenatan dengan kerja studio yang berlambak..
Cuti raya aku di Sabah telahpun tamat,aku kini berjauhan lagi dari ibu dan bapa ku,amat berat untuk ku melepaskan salam tangan mereka sebelum pulang kesini,karna aku hanya berharap terus mampu mengulangi saat seperti itu hanya sekembalinya aku di Sabah,paling tidak pun cuti semester november nanti..,bertemu kembali dengan mereka...
Dan sudah 4 hari aku berada di Kuantan,bersama timbunan kerja yang bertimbun banyaknya..
Dan aku masih sempat singgah sebentar di blog yang telah lama ku tinggalkan sepanjang cuti raya berlangsung..
Waktu begitu cepat memakan situasi...kini semester 4 ku hanya berbaki 1 bulan sahaja lagi...masih banyak yang perlu dibuat,dipelajari dan diperbaiki sebelum semester ini tamat..
Kepada semua,
Aku hanya insan kerdil yang tidak terlepas dari berbuat salah dan kasar
Karna itu ,
Ampunkan semua salah dan terlebih aksi dari ku selama ini....
Semoga ikatan silaturahim bertambah erat dan akrab...
SALAM AIDILFITRI 2010
ikhlas ;
AHMAD FIKRI BIN GOMPUL a.k.a YAYA..{wink!!}
No comments:
Post a Comment