Pages

Monday, December 27, 2010

MUKA LAMA..


Assalamualaikum...

Dengan berubahnya tahun ini ke tahun baru 2012 beberapa hari sahaja lagi,aku mulai benar-benar berfikir panjang,sehingga sakit kepala melampau menyerang berkali-kali hampir setiap hari.Cuti sem hanya ditekan dengan sakit kepala hampir setiap hari.

Paling ketara,umur ku,bukan takut bertambah umur,cuma masa depan selalu membayangi minda ku,setahun saja lagi hidup Diploma bakal berakhir,dan kemana arah tuju ku,sudah mulai singgah di benak ku ..

Apa gunanya sekadar menyambung Degree jika hanya mahukan segulung Ijazah,mahu setaraf dengan kawan-kawan yang lain?
Sedangkan semangat dan keyakinan tidak seteguh yang sepatutnya.

Apa gunanya menyambung degree hanya kerana takut berada di "Ladang Anggur'?
Sedangkan dunia Ijazah pasti akan berakhir dalam 2 tahun,dan kemana seterusnya?

Aku tidak mahu menjadi orang yang hanya kerana teman,hanya kerana bermacam alasan kurang munasabah,hanya kerana 'trend'?,lantas meneruskan langkah yang akan ku ragui sendiri nanti.

DEGREE setahun lagi,mungkin...
atau mungkin ke cabang lain,aku juga tidak tahu dimana akan ku berada nanti,
memberikan yang terbaik buat keluarga adalah impian dan harapan ku..selalu..

merekalah yang selalu menemani ku,juga rakan taulan,adalah kekuatan ku..

Tahun 2010 benar-benar memberi impak yang besar buat ku,..
dan masih banyak yang belum terkecapi sehingga hari ini...

HIDUP WAJID DIHIDUPKAN....jangan biar koma....!

-yaya-
27.12.2010
ISNIN
Kuantan

A.M.D.F CREATION di cuti semester


Salam,

Sepanjang 1 bulan 3 minggu aku bercuti di Sabah,
sambil-sambil menambah AMDF CREATION ,2 pasang kemeja pun siap dijahit...
Design yang simple,
cuma bermain dengan sedikit pleated,
panel,dan bermain dengan garisan,
1 kain motif kotak-kotak hijau.dan 1 kain tie & die berwarna biru .

Kedua-duanya dibeli d SEGAMA SHOPPING COMPLEX KK_sebuah gedung membeli belah kain terunggul di KK .
Kain ini di beli diawal-awal cuti sem ,
akhirnya hanya terjahit {19-21dis_}1 minggu sebelum aku kembali ke Kuantan {26dis}


dan YESSS...!!

berjaya disiapkan....

TERDAHULU,kemeja ini adalah kemeja pertama dalam list A.M.D.F CREATION
yang dibuat selepas final assesment sem4 lepas



motif kain tersebut


ketika proses memotong kain_sempat ber'IRON MAN_


kain RM 23++
jahit sendiri
=
jimat kos!!

kemeja macam ni selalunya dalam rm 40-70 di butik


-------------------------------------------------------------------



Ini cerita cuti sem lepas nov-dis 2010...
Dengan menggunakan mesin jahit klasik mama yang berusia melebihi usia ku.....{ehem}



..mencantum kolar..


Proses jahitan mencantum papan bahu{yoke} ataupun lebih dikenali sebagai trademark
LEVI'S YOKE

Ehem..kecuali lubang butang_sebenarnya_

LUBANG BUTANG PLEASSS!!!!

{x sabar pakai baju ni}