Salam
Hari ini,beberapa jam yang lepas adalah hari yang sangat menyegarkan apabila jersi LINE7 pemberian abang ku,dipakai dengan penuh semangat dan terus menuju ke gelanggang badminton berdekatan.
Jersi yang sudah sudah lama tersimpan dan berbau lipas,
akhirnya berbau keringat semangat sukan yang lama terpendam,minda menjadi tenang,
walaupun badan menjadi lesu akibat permainan tanpa henti selama hampir satu jam setengah di gelanggang.
Ketika permainan sedang berlangsung,teringat akan abang ipar,ABANG TALIP,
yang juga merupakan kaki badminton dan peminat sukan badminton.
Adrenalin badminton mulai menyerap dalam salur darah ku,
dan berharap ada lagi pertarungan suka-suka selepas ini.
Terima Kasih buat ;
FARQAN , ZACK , AJID , BIDI , KURT , ADAM , LEMAN
kerana menjadi teman dan lawan permainan tadi.
AHMAD FIKRI BIN GOMPUL
No comments:
Post a Comment