Pages

Monday, February 28, 2011

Impian Kecil Tercapai

Assalamualaikum..
Telah lama juga blog ini tidak ter'update karna kesibukan dan kepenatan yang selalu mengejar diri.
Walaupun kepala yang masih pening kerana 2 hari berkampung di
 EAST COAST MALL KUANTAN,
sabtu 26 feb-ahad 27 feb yang lepas,akhirnya tercapai satu impian kecil.

Baju rekaan semester 3 yang diinspirasikan dari
 Beijing National Grand Theatre 
akhirnya disarungkan si model dan dipersembahkan di atas pentas peragaan.

Semangat yang makin pudar kenmbali berapi tika melihat si model berjalan diatas pentas,dan hanya mampu melihat dari belakang pentas kerana tugas menjaga 'sound' saat fashion show berlangsung.

Thanqiu to Fadli Fadzil for this cool shoot
Apalagi dapat berkongsi dengan teman-teman terbaik FAD,FARQHAN,{MODEL} ME,ARYL,PAT 

Bertemu di post akan datang...

Wednesday, February 9, 2011

Tayangan Perdana

Salam
Setelah hampir 2 bulan kemeja ini tidak terpakai,
akhirnya 'mood' untuk memakai kemeja ini kesampaian.

Memandangkan agak sukar untuk mencari kemeja bersaiz M special size,{hehehe}
Saya lebih suka untuk membuat kemeja sendiri kerana mampu memuaskan hati.

Kain 2 meter RM 22 + benang RM 00.80sen + Jahit sendiri = Jumlah RM22 sahaja.

Dan siap untuk dipakai..!

Sekian bertemu di post akan datang.


Saturday, February 5, 2011

GreenVilla-Kemeja Baru

Salam
Ketika bersiar-siar di kampung sewaktu cuti sem lepas,muncul satu inspirasi baru,inspirasi untuk menjahit 1 kemeja moden dengan sentuhan 'kampung'.

Lalu,terfikir bagaimana kain pelikat yang selalunya bercorak petak,kehijauan kampung,kesegaran udara di kampung dan bermacam lagi kisah budak kampung ini.

Lantas,kemeja yang hanya dibayang-bayangkan akhirnya menjadi kenyataan setelah siap dijahit .

Dengan nama 'GREENVILLA'
'GREENVILLA'

kemeja ini diinspirasikan dari kehidupan seorang budak kampung yang telah berhijrah ke Bandar dan tetap merindui kampungnya.

{Inspirasi Penulis}

Wednesday, February 2, 2011

BADMINTON

Salam
Hari ini,beberapa jam yang lepas adalah hari yang sangat menyegarkan apabila jersi LINE7 pemberian abang ku,dipakai dengan penuh semangat dan terus menuju ke gelanggang badminton berdekatan.

Jersi yang sudah sudah lama tersimpan dan berbau lipas,
akhirnya berbau keringat semangat sukan yang lama terpendam,minda menjadi tenang,
walaupun badan menjadi lesu akibat permainan tanpa henti selama hampir satu jam setengah di gelanggang.

Ketika permainan sedang berlangsung,teringat akan abang ipar,ABANG TALIP,
yang juga merupakan kaki badminton dan peminat sukan badminton.

Adrenalin badminton mulai menyerap dalam salur darah ku,
dan berharap ada lagi pertarungan suka-suka selepas ini.

Terima Kasih buat ; 
FARQAN , ZACK , AJID , BIDI , KURT , ADAM , LEMAN 
kerana menjadi teman dan lawan permainan tadi.


AHMAD FIKRI BIN GOMPUL