Salam,
Bermulanya semester baru ,semangat juga harus baru,cuma kadang-kadang pasti ada masanya perasaan itu mulai patah dan lemah.
Memilih jalan ini tidak pernah disesalkan,kaki dan tangan masih lengkap,kenapa harus berpatah hati.
Aku mampu untuk mengungkapkan kata-kata seperti ini,namun hati ku sendiri masih lemah dan goyah dek meniti setiap hari berdikari di Kuantan.
Terima kasih buat keluarga yang selalu meyokong,aku tahu kadang aku membebankan mereka.
Dan aku tidak mahu ini menjadi sia-sia.
Kadang jiwa terusik terkenang ibu dan bapa di Sabah,cemburu hati melihat teman serumah yang pulang di hujung minggu.
Sehingga kini perasaan itu selalu bertandang dalam benak ku.
Andai ada jambatan Kuantan ke Kota Kinabalu,pasti aku juga akan kembali pulang ke rumah setiap minggu.
Mahu tidak mahu,inilah yang harus ditempuh setiap hari,berjauhan dari keluarga,mengurus keewangan sendiri,makan minum sendiri,semuanya ditanggung sendirian.
Apalagi ketika jatuh sakit demam ,seperti hari ini,belai manja ibu ku adalah yang paling kurindu selalu.Makan hasil masakan ibu ku,malah melihatnya didepan mataku juga pasti cukup menenangkan jiwa ku.
3 hari yang lepas,aku telah disahkan mengalami sakit Gastrik,sebelum ke hospital,sudah 2 minggu perut ku asyik meragam,akhirnya aku menghubungi kakak ku di Sabah,bertanya pendapat,dan kakak ku menyarankan aku ke hospital.
KHAMIS-20 Jan 2011
Aku ke hospital kuantan ditemani ADAM,terima kasih Adam.
Sebelum aku ke Kuantan,memang sudah pernah aku merasa sakir-sakit perut.
Dan mungkin sakit itu sudah memuncak 2 minggu yang lepas.Aku menjadi takut untuk makan,dan aku juga takut untuk tidak makan.2 minggu yang lampau adalah minggu yang amat tidak meyenangkan ku.Perut asyik sakit.Mujurlah sakit ini boleh dikawan melalui cara pemakanan.
Mungkin ini juga balasan buat ku , pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian.
Dengan berubahnya kalender akedemik UITM.entah dapat ataupun tidak untuk pulang di cuti semseter.
Cuti semester bagiku merupakan hari-hari bahagia,kerna dapat pulang di rumah sendir,tidak ada tempat dan masa yang terindah dan terbaik melainkan dapat bersama dan berada dirumah sendiri.
Ahmad Fikri Gompul a.k.a Yaya
Sampai bertemu..
No comments:
Post a Comment