Pages

Wednesday, July 28, 2010

KEROSAKAN

Salam,

Hari ini adalah hari kedua charger laptop kesayangan ku rosak/hang/jamm/koma..



Ketiadaan charger laptop ku benar-benar melelahkan jiwa ku,merimaskan degup jiwa ku,.Terima Kasih kepada teman serumah ku,IJAN a.k.a NEO HAFIZAN,kerana meminjam kan charger laptopnya buat kali ke3,ini kerana kami berkongsi jenama laptop yang sama.

Kerengsaan hati dengan kepergian charger laptop ku ini,benar-benar membebankan jiwa ku,ini bermakna selembaran duit akan terbang melayang..

Ini cuma cabaran kecil,.

'FIQ.FIGHTING!!'

sampai disini.....

Wednesday, July 21, 2010

STORY BOARD

Salam..

Hari ini,di studio fesyen,aku dan rakan-rakan ku menyiapkan story board masing-masing,mengikut tema pilihan sendiri,

dan aku,telah memilih tema 'evening dress',asalnya tradisional,namun akibat kekurangan bahan,aku bertukar tema 'evening dress'

ini adalah antara gambar - gambar yang terkandung dalam story board aku..


Evening dress oleh Donatella Versace


Dior Couture oleh Jhon Galliano

Sampai bertemu di blog seterusnya...

Monday, July 19, 2010

ke'MOODY'an

Entah mengapa,hari ini,mood agak kurang berapi seperti selalu...

Harapnya,bangun pagi ni,

Semangat baru!!!

Saturday, July 17, 2010

DI MINGGU KEDUA SESI AKADEMIK UITM KSP

- 15 julai 2010
- khamis
- 7.50 pagi

ketika menantikan bus kolej...tiba-tiba...

SNAAPPP!!!!






Gambar ini adalah 'candid snap' oleh teman serumah ku..
Membawa sedikit barang projek adalah perkara biasa bagi setiap budak fesyen..


Kiri ; Beg Hitam Pink Dot-Dot ; laptop + frame kayu projek embroidery
Kanan ; Beg Silang Hitam ; dipenuhi dengan alat tulis + laptop adaptor a.k.a charger


Thursday, July 15, 2010

KETINGGALAN KAWAN

Salam,

Hari ini,aku berjanji dengan budak rumah ku,untuk balik rumah sama-sama

Janji
1.30 PM

Selepas puas aku menanti di studio fesyen,budak ni tidak muncul-muncul...

1.15 PM
Aku kemudiannya keluar ke depan studio..

Mana tahu,dia ada di depan studio..

Fuuhhh....

Berkali-kali aku keluar masuk studio..

Tapi,
Sayang......

2.30 PM
Tanpa ragu,aku masuk ke dalam studio,dan mengambil beg hitam kegemaran ku,dan beg Shibuya ku...
dan terus ke 'Bustop' ShahPutra,..

Dalam bus pulak,aircond bagaikan adik pembakar roti,..

panas..

peluh bagai anak sungai mengalir,..

dan datang seorang budak junior,sem 1,meminta izin untuk duduk kerusi kosong di sebelah ku...

BUDAK JUNIOR:
'ada orang x?'

AKU;
'xda,duduk la' jawab ku..

Sepanjang perjalanan,peluh mengalir terus...
dan aku berkali-kali terlelap sekejap....

Akhirnya,Taman Polo menyambut ku...

Sampai bertemu di blog seterusnya..

Wednesday, July 14, 2010

API cinta ku pada fesyen!!!

Setelah semua siswa FASHION DESIGN diberikan DESIGN THEME minggu lepas,proses seterusnya adalah ‘research’


1 proses yang agak memakan masa bagi mendalami dan mengkaji subjek masing-masing mengikut subjek sendiri.

Bagi siswa semester 4,seperti ku,.adalah berkonsepkan Kasual,dan tema yang telah diberikan oleh Lecturer ku adalah ‘NATURE’

Hari ini adalah minggu ke-2 sesi akademik UiTM Kolej ShahPutra,aku semakin yakin dengan pilihan ‘subjek matter’ design semester ini,API / FIRE…aku memilih subjek ini bagi memenuhi subjek FASHION DESIGN SEM 4,yang bertemakan ‘Nature’.

Walaupun API bukanlah objek malah bersifat separa subjektif, tidak bisa dirasa dengan deria sentuh, yang hanya boleh di lihat,dan hanya akan merasa panas dan sakit apabila menyentuhnya,bagi ku subjek API tetap menarik oleh kerana sifatnya yang tidak statik dan tidak boleh di sentuh begitu saja dan tidak mempunyai ciri fizikal yang tetap.



Kini,aku mula mendalami dunia ‘API’ sebenar , satu persatu perkara baru aku ketahui tentang API,bermacam persoalan yang tidak pernah ku fikirkan tersoal di benak ku..

‘Apakah API mempunyai berat?’

‘Apakah API bisa di sentuh?’

Soalan-soalan yang kedengaran klise , pada hakikatnya satu soalan yang sangat memerlukan jawapan bernas.Apatah lagi andai ada orang yang bertanya soalan seperti ini.

‘Adakah API mempunyai jantina?’

Pelik bukan?{hahaaa}

Persoalan yang ringkas,tapi pada ku,punya jawapan fakta.

Mudah – mudahan subjek ini akan menjadi subjek yang menarik sepanjang semester ini..
Bagaimanakah gaya fesyen kasual yang di inspirasikan dari subjek API..

Nantikan..

Sampai bertemu di blog seterusnya
T_;T

Tuesday, July 6, 2010

KEDATANGAN KEMBALI...

Salam,

Hari ini adalah hari pertama ku ke kolej dan mendaftar,walaupun terlewat.

Dan, 1 perjumpaan art design diadakan di studio foundation,berkenalan dengan junior a.d

Seramai 33 orang pelajar baru..memang ramai....

dan hari ini,rumah ku [ rumah kesayangan ] di Kuantan ini,sunyi kerana ketiadaan kawan-kawan lama,dan kewujudan orang baru..

Keadaan seperti ini adalah kebiasaan,apalagi di awal semester,

dan aku sudah pun merindui rumah ku di Tamparuli,Sabah...

Sampai disini cerita malam ini...