Pages

Sunday, August 29, 2010

DOA buat EZRAFERANY a.k.s PIER...


Bismillahirahmanirahim..

YA ALLAH YA TUHAN KU..

Kau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Semoga Pier selamat sembuh dari kemalangan jumaat lepas,dan pulih sebaik mungkin YA ALLAH...

amin

Hari ini,niat dan perasaan ku tetap mahu membuka laptop ku..
Tujuan ku adalah mahu menghubungi beberapa teman ku berkenaan dgn rancangan petang ini,Berbuka Puasa bersama Geng-Geng Sabah

Tapi yang terjadi lain pula,saat aku mulai berChatting dgn WAFI,WAFI mengkhabarkan sesuatu pada ku..

Pier kemalangan di KL jumaat lepas,..fikiran ku menjadi tidak tenang,sukar untuk aku mempercayai apalagi Pier baru datang ke rumah/hostel khamis lepas,sehari sebelum kemalangan

Bagi ku,Pier bukan setakat saudara jauh yang baru ku temui di Kuantan,apalagi asal usul kami serumpun dari pekan yang sama di Sabah,iaitu Pekan Telipok..

Pier adalah kawan yang boleh ku harapkan dan boleh aku percayai..


berbuka puasa di PADANG MP3 MASJID KUANTAN


Mudah-mudahan Pier selamat dan sembuh dengan cepatnya..

Selasa ini aku akan turun ke KL,..dari Kuantan 10.00 am,dan samapi di KL 2.00 pm..
aku merancang untuk melawat Pier di IJN,tapi,menurut Wafi,waktu melawat hanyalah dari 12.00 pm sehingga 1.30 pm...
Nampaknya,aku tidak sempat melawat Pier..kerana aku samapi d KL jam 2 .00 pm...dan waktu melawat hanyalah sedari 12.30 sehingga 1.30pm

Sebagai kawan baik dan saudara aku hanya mampu berdoa untuk Pier,semoga cepat sembuh dan sihat walafiat hendaknya..
..amin..

Wednesday, August 25, 2010

RUMAH [kisah ramadhan}..,STUDIO - costume - ....

ASSALAMUALAIKUM...

Tahun ini adalah tahun kedua aku berpuasa di Kuantan,dan keadaan jauh berbeza dari suasana ramadhan tahun lepas{rumah}...

mungkin yang berbeza kerana ketiadaan BFF ku yang lain seperti WAFI,PIER,ADAM,ZACK,MUS,ADAM,FAD,BERT..yang sudah berpindah ke rumah sewa sendiri,dan tinggal aku disini,meng'HOSTEL'kan diri.

Bukan tidak mahu pindah,cuma aku terlewat sedikit..{FAD FAHAM}hehe...

Walaupun putaran penghuni POLO XX telah berubah,namun kehadiran kawan-kawan yang masih ada di sini,cukup menenangkan..

WALAUPUN....hehe

Petang tadi,akibat terlalu penat menjahit di studio ..

Tidur memanjang

MOOD - malas ke Bazaar Ramadhan

Menunggu waktu berbuka

AKIBATNYA...

aku hanya berbuka dengan segelas AIR KOSONG dan seketul BISKUT


ok,sebelum terlupa,.ada cerita baik punya di studio fesyen tadi..

[ subjek costume_baju kurung pahang_aku menjahit baju YANA/classmate,.seb;kain Yana yang belikan/so boleh la dipakai...jadi baju raya Yana la konon..

zip yang sepatutnya digunakan adalah zip merah untuk zip skirt
{sebab,kain tu warna merah}
mengikut arahan yang yana berikan ..

macam ni..

fiq_''yana...mana zip?''

yana_''ada dlm purse aku''

Bertindak mengikut arahan{ehem2}

aku dengan yakin mengambil zip dalam purse Yana

lepas tu

''haik,zip putih?{dalam hati,kain warna merah,tapi zip putih?}

Dengan yakin,aku meneruskan proses jahitan zip,menggunakan zip putih tersebut

Setelah skirt sudah pun siap,Yana kemudiannya FitIn skirt merah tu,..

TIBA-TIBA..!!!!!!

Yana '' fiq,ziiiiip""

Fiq '' Haik,ko yang sruh amik zip dlm purse kan,so...ikut arahan la''

Yana ''bukan zip putih ni,ala..zip merah ..''

JANGAN MARAH YANA
I'M SORRY
bukan disengajakan..

Cuma bertindak mengikut arahan..
[maaf,kalu jahitan skirt tu x kemas,..]

Sebelum balik,sempat berbual dgn MISS SARAH

Topik ; betapa cepatnya semester ini berlalu..
BULP!!dah masuk hujung - hujung sem...ermm...

WASSALAM..

SALAM RAMADHAN

Thursday, August 19, 2010

Design Proceed....


Hari ini,atau semalam 18 ogos 2010,design fiq akhirnya proceed..

no more big cape..
no more 3 layer cape..

Semuanya telah fiq develop menjadi ruffle side hand,ruffle back waist to hip..
Entah betul atau tidak term-term atas tu...hehe

Kalau sebelum ni fiq tulis dalam blog ni pasal subjek matter fiq iaitu API,sekarang subjek tu akan di'tranfomasi' kepada form cocktail dress

Untuk design ni,fiq ambil colour api tu yang pelbagai,..
Merah,Kuning,Oren...ini adalah colour api yang orang selalu tengok,

tapi...

tahukah anda yang api juga boleh mengeluarkan warna merah jambu?hijau pucuk pisang?

TURCOISE?

Inilah warna api yang fiq pilih untuk design cocktail dress fiq sem ni...walaupun jauh dari warna merah api..ini tetap warna api...

risiko?

memang risiko..tapi fakta tetap fakta..kan?

So,minggu depan fiq akan stat buat pattern...

Sampai disini cerita hari ini....

Doakan yang terbaik untuk Fiq

Mudah-mudahan design ini menjadi...

AMIN..

Sunday, August 15, 2010

AKU BERPUASA DI KUANTAN


Aku anggapkan ini adalah cabaran seorang siswa yang jauh di perantauan...syahdu kedengaran azan di kampung tercinta...
Kemeriahan senja menantikan waktu berbuka di kampung..

Menyediakan juadah berbuka bersama keluarga tersayang di rumah...

Malah,mengemas dapur setelah berbuka juga kini menjadi sesuatu yang kurindukan selalu...


Indah ramadhan di kampung sendiri semestinya berbeza dari keadaan di Kuantan ini...

Tahun ini adalah tahun ke-2 ku berpuasa jauh dari kaum keluarga ku..

Tadi,Kakak Sulung ku,Kakak Ira,menelefon ku,bertanyakan khabar berpuasa di sini [Kuantan]

Belum puas bicara melebar,bateri telefon ku habis,bicara rindu khabar ramadhan terhenti disitu...

Hari ini,aku terjaga 11.00 pagi,hidup bujang,lumrah,tidur di ruang tamu rumah,jaga ku bersulam linangan air mata,mungkin rindu pada kampung halaman..ibu..bapa...kakak..abang abang ku...anak-anak buah ku...semua ku rindu...

Hati ini hanya mengira detik kepulangan ku,bertemu insan-insan tersayang...

SELAMAT BERPUASA buat Keluarga Tersayang
di Tamparuli,Kundasang,Telipok,Menggatal,Kiulu,Sabah..
dan semua sahabat handai di Kuantan yang mengenali diri ku...

SALAM RAMADHAN

AHMAD FIKRI BIN GOMPUL
15.8.2010 / kuantan

Wednesday, August 4, 2010

KEBAHAGIAN

Salam....
Masalah charger laptop ku yang rosak telah selesai,...jumaat lepas aku membeli charger baru yang berharga RM XXXX di BERJAYA MEGAMALL @ Pikom PC Fair....harga berpatutan,dan ku harap ini mampu bertahan lama....selama-lamanya.....


ART DESIGN FAMILY DAY juga telah berlalu,bermacam cerita dan kenangan terpalit....ini adalah cebisan kenangan ketika hari FAMILY DAY 31 JULAI 1 OGOS 2010..

QUENN in the PALACE...

kumpulan TERBELIAK!!!

FATIN , ANIS , FIQ-kumpulan TERBELIAKK!!


salam....